Selasa, 26 Januari 2010

akum kepada smua pengunjung my blog,,,oleh kerana banyak ari sangat x update my blog jd malas sangat-sangat.....
minggu yang bz 14-17 jan 2010 aku ke pahang berkursus selama 4 hari di pusat latihan memperkasa umno dkt janda baik,banyak ilmu dan manfaat dapat di ambil semasa berkursus..
layan je my pic n the geng bergedik ya zaaaaaaaaaa
waaa di baluti kabus pagi sampai x nampak dah muka pn kn?
nie time kami smpai kt janda baik lebih kurang kul 10pagi sejukkkk



2.30 ptg kat dewan majlis perasmian kursus

tgok 2 hari mula2 pn ada dahorg ttido,,,bukan apa 2 sejuk apa lagi kn...



seawal pagi 16 jan2010 sempat jugak p tenggek kt pokok 2 no

4dara pinggitan

possing maut g2

jangan tiru aksi ini

berfoto gn artis lagi belasah jeeeeeeeeee

2 dia keromun kelam no

time minum orang minum kite curik juga msa ambil gamba kt kaw ILMU,
jadual padat x sempat nk possing2 mau x mau kena qorban masa minum je la hehe







jangan tiru aksi ini

17 jan 2010








Khamis, 14 Januari 2010

PROGRAM KUCAI BUBUQ ASHURA
(PWPK)PERKUMPULAN WANITA PEKEBUN KECIL. BERSAMA
KELAS MASAKAN KEMAS

KERJA-KERJA MENYEDIAKAN  BAHAN UNTUK MEMBUAT BUBUQ


ala gambaq ambik kot belakang plak....

mesin nyoq

masak santan





kucai bubuq besama penduduk kampung

kucai bubuq bersama penyelaras masakan kemas bahagian padang besar













hampir-hampir masak



ha jangan  tekejut lelaki pn bole kucai jugak na

kucai bersama wakil RISDA PERLIS







Selasa, 12 Januari 2010

RENUNGAN BUAT TEMAN-TEMAN KU

BAHAYA FITNAH

Penyebaran fitnah mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web dan emel membolehkan penyebaran maklumat tanpa memerlukan bertemu secara berdepan, lebih mudah, cepat, meluas dan murah. Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah. Penyebaran fitnah melalui SMS yang berleluasa memaksa kerajaan menetapkan peraturan semua pemilik kad prabayar didaftarkan.


Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.
Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.

Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.

Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah. Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.

Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu. Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.

Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.

Fikir-fikirkanlah, sebelum menghantar e-mel atau SMS. Jika masyarakat Islam sendiri boleh berperang sesama sendiri kerana fitnah, apatah lagi masyarakat majmuk? Jika benar sekalipun beberapa berita, tetapi jika menyebarnya tanpa konteks ia seolah-olah menyiram minyak di atas bara api.

Jumaat, 8 Januari 2010

MADAH BUAT MU
Jika kamu memancing ikan...

setelah ikan itu terlekat di mata kail...
hendaklah kamu mengambil terus ikan itu...
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu
sahaja...
kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu...
dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup...
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada
seseorang...
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya...
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja...
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu...
dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu. ..
Jika kamu menadah air biarlah berpada...
jangan terlalu mengharap pada takungannya. ..
dan janganlah menganggap ia begitu teguh...
cukuplah sekadar keperluanmu. ..
Apabila sekali ia retak...
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula...
akhirnya ia dibuang...
sedangkan jika kamu cuba membaikinya. ..
mungkin ia masih boleh digunakan lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya...
Apabila sekali dia melakukan kesilapan...
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ..
akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. ..
Sedangkan jika kamu memaafkannya. ..
boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya...
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
Yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan. Berkhasiat.. .
Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain...
Terlalu ingin mengejar kelazatan...
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.. .
Kamu akan menyesal...
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan...
yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu...
Menyayangimu. Mengasihimu. ..
Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain...
Terlalu mengejar kesempurnaan. ..
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal...


Insan yg ku sayangi...


satu dlm sejuta...

bukan utk sementara,

tapi utk selamanya...

bukan utk dibenci,

tapi utk disayangi...

bukan utk dilupai,

tetapi diingati...

bukan hanya diluar,

tetapi juga didlm hati...

bukan setakat ini,

tetapi hingga

akhir hidup ini...
Akum Untuk Menghias Blog aku nie,oleh kerana minggu ni minggu Boring Bosan,Bz,mcm2 lagi la Ari ni Pn last keje sok cuti lusa cuti,isnin keje balik,jd ko layan je madah2 aku nie hehe ya zapppppppppppppp

Tika sahabat melukai hatimu, tulislah ia di atas pasir, biar angin kemaafan menghembus membawa bersama kelukaanmu itu, sebaliknya tika sahabat membuat kebaikan padamu maka tulislah di atas batu hatimu, agar terpahat utuh walau dilanda badai

--------------------------------------------------------------------------------
Love me now, love me never, but if you love me, love me forever



Hidup x seindah yg slalu kite gambarkan…


Reality x semanis yg kite lalui…

Hakikatnye…kesakitan yg harus kite terime..

Andai hadirnye bahagia…pasti hilang segala derita.

Tp bile??

Hari ini?? Esok?? Luse??

Aku sendiri x pasti…





--------------------------------------------------------------------------------



LOve is nOt abOut findinG thE riGht pErsOn

But crEaTinG a riGht rElatiOnsHip ..

Khamis, 7 Januari 2010

Selasa, 5 Januari 2010

BOSAN BOSAN
X MOD NIEEE
TOLONG......................
LAYAN JE LA BUNGA NIE AKU MBIK KAT INTERNET TD


Isnin, 4 Januari 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Akum selepas bercuti 3 hari ari ni baru masuk keje balik,masi sempat aku nk ucap selamat tahun baru buat teman-teman tersayang hehe....semoga tahun 2010 nie lebih bermakna dalam hidup ku semoga Allah memberi bby yang soleh n solehah....selama tiga hari bercuti aku sibuk di hospital teman akak aku yang baru je lepas bt OD buang ketumbuhan lm perut....dalam masa yang sama sempat juga p ambik fotografi perkahwinan fizah&am...layan jeeeee pic-pic nihhh ye zappppppppppp


SELAMAT TAHUN BARU
2010



 SELAMAT PENGANTIN BARU FIZAH&AM
SEMOGA CEPAT DAPAT BBY







Anniversary day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

memory bersama my hubby

Celebrate MY Birthday+KFC

SELAMAT TAHUN BARU 2010

my wedding 31 july 2005

my wedding 31 july 2005